Assalamualaikum..
Siapa kat sini yang tak tau Pit stop tu apa? Ala,yang macam kat Formula 1 tu. Yang tempat kereta Formula 1 tu berhenti tukar tayar dengan check condition semua. Tau tak? Kalau tak tau lagi pergilah search kat Pakcik Google tu. So,apa kena mengena pit stop ni dengan post hari ni? Meh sini nak story sikit lah pasal perjalanan pergi beraya tahun ni. Adalah dalam minggu ni jugak family aku dan mak cik aku nak pergi beraya kat rumah saudara ni. Then disebabkan jarak perjalanan yang tak seberapa tapi disebabkan jem yang melampau,kami pun singgah la di sebuah masjid untuk menunaikan kewajipan kami sebagai umat Islam. Dan lepas tu kami pun meneruskan perjalanan seperti biasa hinggalah sampai dirumah yang nak dituju seterusnya berangkat pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik tu,ayah aku menelefon student dia yang tinggal berhampiran kawasan tu untuk menunjuk kan jalan dalam untuk melepasi kesesakkan lalulintas tu. Then dia pun ajak kitaorang tuk berhenti di sebuah restoran untuk minum-minum.
Sesi bercerita pun mula la. Ayah aku cerita pasal jalan jem tadi pastu berhenti solat di masjid sekian-sekian. Student ayah aku tu pun cakap yang dekat kawasan tu ada 2 masjid. Satu masjid PAS, satu lagi masjid UMNO. Dia pun bagitau yang masjid yang kami berhenti tadi tu masjid 'siapa' . Haih.. Zaman-zaman.. Aku tau aku ni budak-budak lagi. Hak mengundi pun tak dapat lagi. Tapi aku rasa kalau aku ada pun hak tu,tak tau la macam mana. Nak kena buat solat sunat Istikharah dulu la macam ni. Memilih pemimpin yang sebenar-benar adil,saksama,berkelayakkan, beragama dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan merupakan pekara yang wajib bagi kita sebagai umat Islam. PAS ke,UMNO ke,kan kita umat Islam.
P.s. : Sampai masjid pun nak dipolitikkan? Jangan jadi BODOH!!
24 August 2012
17 August 2012
Langit Menangis
Assalamualaikum,
Aku mengambil peluang menaip kejap sementara menunggu tibanya waktu berbuka harini. Cuaca kat luar pun memang best kalau nak tidur,maklumlah baru je lepas hujan. Nak cakap pasal hujan,kawasan rumah aku iaitu di Kota Kemuning sejak kebelakangan ni asyik hujan je. Tadi mama cakap, 'langit tu macam menangis sebab Ramadhan dah nak pergi'. Aku terfikir balik,walaupun tu just kata-kata. Tapi bila fikir balik,aku pernah tak menangis macam langit tu sebab Ramadhan dah nak habis? Yang aku tau,nak habiskan puasa sebab lepas tu raya. Nak berpura-pura sedih memang bukan cara aku. Aku lihat ramai orang yang sebenarnya gembira tibanya Ramadhan dari tibanya Syawal. Hmm.. Teruk sangat ke aku ni? Aku betul-betul berharap ya-Allah,kau datangkan lah rasa kecintaan aku terhadap Ramadhan ya-Allah,semoga tidak lagi ku sia-siakan setiap detik di dalam Ramadhan lagi ya-Allah. Amin. Amin. Yaa Arhamar Raahimiin. Alhamdulillaahi Rabbil'aalamiin.
P.s : Sesedih mana pun kita,Ramadhan tetap akan pergi dan 1 Syawal akan menjelang. Terimalah kehadiran 1 Syawal dengan gembira kerana itulah hadiah Allah swt bagi umatnya yang telah menempuhi Ramadhan dengan berjaya..

(I do not own this pic)
P.s : Sesedih mana pun kita,Ramadhan tetap akan pergi dan 1 Syawal akan menjelang. Terimalah kehadiran 1 Syawal dengan gembira kerana itulah hadiah Allah swt bagi umatnya yang telah menempuhi Ramadhan dengan berjaya..
13 August 2012
Lagu Raya Baru : Lebaran - SleeQ Feat. Zizan Razak & Useriman Eunos
Lagu ni yang buat aku tertarik nak post sebab rap budak kecik tu.. Enjoy.. =)
Lebaran - SleeQ Feat. Zizan Razak & Useriman Eunos
P.s. Belum raya lagi tau.. =P
11 August 2012
Puasa & Hari Jadi
Assalammualaikum
Lama dah tak menaip dalam blog ni. Macam-macam pun dah jadi
kat sekeliling. Alhamdulillah juga sebab tengah dalam bulan Puasa ni which is
boleh dikatakan sebagai umat Islam,aku perlu berperang. Berperang dengan diri
sendiri dalam membuat perkara yang dilarang Allah s.w.t. Dalam bulan ni kalau
nak cakap setan kacau tu memang tak la sebab dia’setan’ semua dah kena ikat dah
yang tinggal kita dan nafsu je. Tapi berperang dengan diri tu bukan nya di
bulan Ramadhan je. Setiap hari sepatutnya. Cuma didalam konteks Ramadhan ni
dimana setiap amalan digandakan ganjaran pahalanya,setan-setan diikat untuk
tidak menggangu kita dan keadaan sekeliling yang mendorong dimana masing-masing
pun berpuasa. Masing-masing dah tak sabar nak raya. Aku nak cerita pasal kat
matrik aku yang aku rasa dah laju bergerak sampai macam-macam benda dah lepas.
Hari
isnin lepas,bertarikh 30 Julai,aku menyambut hari kelahiran aku yang ke 19
tahun! Huhu.. Aku gembira tak terhingga
dan bersyukur yang amat2 sangat kepada Allah swt kerana masih membenarkan aku
untuk bernafas di muka bumi ini. Ada orang cakap time harijadi kita kena rasa
sedih sebab maksudnyha kalau umur kita bertambah sama dengan ajal dah nak
dekat. Kenapa macam tu ek? Aku tak. Aku gembira sangat sebab umur aku panjang
sebab dapat sampai umur 19 tahun. Tak gitu? Kebetulan harijadi aku jatuh time
bulan Ramadhan pulak tu,bulan yang mulia. Disebabkan tu jugak la aku kena
sampbut hari jadi aku time berbuka. Classmate aku plan nak berbuka skali satu
praktikum. Aku cakap kat dieorang yang aku nak sponsor kek time berbuka nanti.
Then ‘sumandak-sumandak’ klas aku semua buat muka. Aku tanya kenapa? Dieorang
cakap dieorang dah plan nak blanja aku kek. Aku pun rasa macam happy la. Dalam
masa yang sama terharu gak la.. Thanks korang.. Tapi aku dengan mengenangkan
budak-budak ni semua ada masalah dengan someone pasal duit. Aku membuat
keputusan untuk blanja je kek tu..
Sedap~~
No prob bagi aku. Dan seperti biasa,mesti
ada ‘something’ punya akan jadi kat aku time hari tu memandangkan kegagalan
kawan-kawan aku mem’birthday-bash’ aku.. Muahaha.. And well,jangkaan aku betul
sebab aku terpaksa balik bilik dengan basah kuyup lepas kena simbah dengan air
kat depan mesin atm. Fuhh.. Thanks korang seriously aku tak kesah dengan semua
tu tapi yang best nya tu la,dapat sambut dengan korang which is pada jangkaan
aku ni mungkin harijadi aku yang terakhir dapat sambut sama-sama dengan korang
semua. =( Aku sayang korang sume Dm2p2 KMS..
P.s Nak sangat sambut Ramdhan dengan korang lagi skali.. =(
30 May 2012
Holiday~~
Assalamualikum..
Too much story to be told and I can't even find a proper words to describe its awesomeness.. A lot of places has been travel to like Damong,Kluang,Pulau Perhentian and Kuala Krai. Lets enjoy the pic'o'gallery of our vacation. =)
P.s : Best vacation ever! =)
Subscribe to:
Posts (Atom)