03 May 2012

Bersih 3.0

Salam,

Aku berjalan,aku dengar..

Budak : Bersih tu apa bah?
Bapak : Bersih? Bersih tu bersihlah. Tak kotor,berkilat,takde sampah.
Budak : Abis tu yang keluar kat tv tu ramai orang cerita pasal bersih tu.
Bapak : Yang tu bersih lain. Bersih tu demontrasi.
Budak : Apa tu?
Bapak : Budak-budak kecik macam XXX ni tak payah tau la ye. Nanti abah cerita XXX bukan faham pun.



Satu jawapan normal bagi aku. Aku tak menyokong sesiapa,cuma disebelah Islam. Aku hairan mereka-mereka yang memperjuangkan politik masing-masing ni pernah terfikir tak pasal budak-budak kecik macam yang kat atas tu? Kalau dulu maksud bersih tu ada satu je,ni dah jadi lain dah maksud bersih tu. Perhimpunan Bersih 3.0 kali ni diketuai oleh Ambiga Sreenevasan yang dimana aku ingat pengikut-pengikutnya just orang-orang bukan Islam je. Tapi orang-orang Islam pun tak kurang ramainya ikut sekali. Aku pelik. Korang ni main ikut je ke asal kan ada perhimpunan atau apa-apa demontrasi? Tak kaji dulu sesiapa pengasasnya,pemimpinnya?



                     Tipulah kalau korang tak kenal siapa Ambiga Sreenevasan tu. Tak kenal? Tak ingat? Ke,buat-buat tak tau? Satu,Ambiga Sreenevasan ni merupakan peguam bagi kes Lina Joy. Lina Joy atau pun nama Islamnya Azlina Jailani ni merupakan seorang MURTAD. Isu murtad ni merupakan sesuatu yang amat sensitif dikalangan orang-orang melayu yang beragama Islam. Orang yang murtad tu akan dikeji dan dihina sepanjang hidup bukan sahaja didunia,malah di akhirat. Apatah lagi orang yang menyokong dan membantu seseorang itu mendapatkan murtad!! Dua,Program Seksualiti Merdeka yang juga dianjurkan oleh Ambiga Sreenevasan. Beliau berkata 'Golongan minoriti ini juga ada hak'. Korang faham kan siapa yang 'minoriti' ni? Pada pandangan sudut dari semua pihak,golongan 'minoriti' ni boleh diibaratkan sebagai golongan penjenayah yang terikut-ikut dengan budaya barat. Hal ini dilarang keras oleh Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w 

                                 Hadth Nabi Muhammad: “Empat golongan yang pagi hari dalam kemurkaan Allah dan petang hari dalam kemurkaan Allah. Lalu ada yang bertanya; “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab; “Iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang bersetubuh dengan binatang dan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki (homoseks)”. (Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi).

Mereka (orang-orang Melayu Islam) yang mengikuti Bersih 3.0 ni tak mungkin tak tahu tentang hal-hal diatas. Dunia dah berubah,dah maju. Internet,berita dan lain-lain media penyebaran pun dah maju. Mustahil untuk seseorang itu cetek tentang isu dalam dan luar negara. Tujuan post ni sebenarnya untuk meluahkan apa yang aku fikirkan je. Tidak membetulkan sesiapa,tetapi kalau dari awal kita semua melakukan sesuatu berdasarkan pegangan Islam,sudah tentu yang terbaik kita dapat. 

P.s : Kalau guna akal tak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,lebih kurang macam haiwan jugak





                            

2 comments: