17 August 2012

Langit Menangis

Assalamualaikum,

                         Aku mengambil peluang menaip kejap sementara menunggu tibanya waktu berbuka harini. Cuaca kat luar pun memang best kalau nak tidur,maklumlah baru je lepas hujan. Nak cakap pasal hujan,kawasan rumah aku iaitu di Kota Kemuning sejak kebelakangan ni asyik hujan je. Tadi mama cakap, 'langit tu macam menangis sebab Ramadhan dah nak pergi'. Aku terfikir balik,walaupun tu just kata-kata. Tapi bila fikir balik,aku pernah tak menangis macam langit tu sebab Ramadhan dah nak habis? Yang aku tau,nak habiskan puasa sebab lepas tu raya. Nak berpura-pura sedih memang bukan cara aku. Aku lihat ramai orang yang sebenarnya gembira tibanya Ramadhan dari tibanya Syawal. Hmm.. Teruk sangat ke aku ni? Aku betul-betul berharap ya-Allah,kau datangkan lah rasa kecintaan aku terhadap Ramadhan ya-Allah,semoga tidak lagi ku sia-siakan setiap detik di dalam Ramadhan lagi ya-Allah. Amin. Amin. Yaa Arhamar Raahimiin. Alhamdulillaahi Rabbil'aalamiin.

(I do not own this pic)

P.s : Sesedih mana pun kita,Ramadhan tetap akan pergi dan 1 Syawal akan menjelang. Terimalah kehadiran 1 Syawal dengan gembira kerana itulah hadiah Allah swt bagi umatnya yang telah menempuhi Ramadhan dengan berjaya..

No comments:

Post a Comment